Wednesday 18 April 2012

Kasih Ibu~

Ibu,
Suatu gelaran yang tidak asing bagi seorang wanita yang sudah berkahwin,
Mereka mengandungkan kita selama 9 bulan,
Mereka tidak pernah mengeluh ketika mengandungkan kita,
Malahan mereka sentiasa menjaga kita,
Kerna kita adalah harta yang paling bernilai dihati mereka,
Namun selepas kita dilahirkan,
Adakah kita pernah akur dengan perintah mereka,
Apakah balasan kita apabila kita melangkah ke usia remaja,
Adakah kita pernah melayan mereka dengan baik,

Ibu,
Terima kasih kerana memberikanku peluang untuk melihat dunia ini,
Kini aku menjadi seorang insan,
Walaupun masih serba kekurangan,
Namun aku bangga menjadi anakmu Ibu,
Aku bangga mendapat didikan darimu Ibu,

Ibu,
Aku rindukan belaian kasih sayangmu,
Aku ingin dibelai mesra oleh kasih sucimu,
Aku ingin masuk ke dalam dakapanmu,
Kerna aku merinduimu Ibu...

 Aku ingin menjadi seperti Ibuku kerna dimataku Dia adalah wanita yang sempurna dan tidak ternilai kasih sayangnya... I Love My Mum~ DyiNa90...

No comments:

Post a Comment