Wednesday 18 April 2012

Kasih Ibu~

Ibu,
Suatu gelaran yang tidak asing bagi seorang wanita yang sudah berkahwin,
Mereka mengandungkan kita selama 9 bulan,
Mereka tidak pernah mengeluh ketika mengandungkan kita,
Malahan mereka sentiasa menjaga kita,
Kerna kita adalah harta yang paling bernilai dihati mereka,
Namun selepas kita dilahirkan,
Adakah kita pernah akur dengan perintah mereka,
Apakah balasan kita apabila kita melangkah ke usia remaja,
Adakah kita pernah melayan mereka dengan baik,

Ibu,
Terima kasih kerana memberikanku peluang untuk melihat dunia ini,
Kini aku menjadi seorang insan,
Walaupun masih serba kekurangan,
Namun aku bangga menjadi anakmu Ibu,
Aku bangga mendapat didikan darimu Ibu,

Ibu,
Aku rindukan belaian kasih sayangmu,
Aku ingin dibelai mesra oleh kasih sucimu,
Aku ingin masuk ke dalam dakapanmu,
Kerna aku merinduimu Ibu...

 Aku ingin menjadi seperti Ibuku kerna dimataku Dia adalah wanita yang sempurna dan tidak ternilai kasih sayangnya... I Love My Mum~ DyiNa90...

Thursday 12 April 2012

Siapa yang kecewa?

Saya tak pasti sama ada dia atau saya yang akan kecewa,Namun jauh disudut hatiku,Aku sememangnya kecewa melepaskan barang berharga dalam hidupku,Mungkin sukar kucari kembali barang tersebut,Namun aku pasrah dengan dugaan yang diberikan,Kini ku bertekad agar hidupku akan disinari  bintang nun jauh di langit,Coretan ini hanyalah luahan yang bermain dalam kotak fikiranku...Tiada kaitan yang hidup maupun yang dah meninggal... ~Lovely Day~

 

Buang yang keruh, ambil Yang Jernih~

Tuesday 10 April 2012

Hari ini. . .

Aku ingin kongsi sebuah kisah, kisah di mana aku punya hati. Dulu aku pernah jatuh cinta dengan seorang jejaka. Namun kisah cinta ini tak kesampaian. Bila kukenang semula, hatiku pedih penuh sesal kerna tak pernah menghargainya dahulu...

Monday 9 April 2012

My Life Full oF Mistake...

Hidupku amat menyentuh kalbu yang jauh terpendam di sudut sanubari,
Seandainya dulu ku mengerti akan perasaan ini,
Apakah aku akan terus melihatnya seperti sekarang,
Kini aku telah sedar betapa aku sangat menyesal dengan kehilangannya,
Apakah aku memang ditakdirkan seperti in,
Aku sangat kecewa apabila ada seseorang menemani hidupnya kini,
Betapa bahaginya mereka kini....